Wednesday, September 30

Cara nak dapat kulit cantik yang sihat kemerah - merahan

Dulu kulit berjerawat rentung sekarang kulit mulus macam baby....memang kaw - kaw betul penangan Shaklee ni !

Nilah Cik adik testimoni Shaklee yang dah berjaya dengan set kulit cantik ni...sangat jeles kan dengan kulit dia yang baru ni?....huhuhuh memang tercabar!


Dia makan apa sampai jadi macam gini? 

Hui..bertubi-tubi soalan tanya rahsia dia...tak menang tangan nak jawab dek non oiii..

Kalau nak tahu dia makan produk Shaklee jer!  Kalau bab kulit yang berjerawat ni dia memang kena pulihkan dari dalam dulu...skin care yang kita biasa pakai hari - hari tu hanya bersifat sementara untuk membersihkan kulit luaran yang kotor berdebu tu.

Jerawat bernanah ni memang menyeksakan sesiapa je yang terkena...silap haribulan tak sanggup nak keluar rumah...memang parah dik oiii

Jom meh kita tengok dia guna produk Shaklee yang mana satu sampai jadi sihat macam ni...

Untuk dalaman:

Dia amik vitamin C Shaklee, vitamin ni memang bagus sangat tau sebab dia punya kandungan vitamin C tu memang sangat tinggi makan sebiji sehari sudah cukup untuk satu badan...kalau ada orang yang jenis nak cantik gila-gila boleh ambil lebih 2 biji sehari tapi jangan berlebihan sebab rugi nanti dia keluar melalui air kencing. Makan lepas sarapan atau makan tengahari. Vitamin C ada antioksidan yang kuat, meningkatkan pertahanan badan, membantu dalam penghasilan kolagen dan memberikan kulit yang lebih sihat, cantik dan gebu.

Kemudian dia ambil vitamin E, haa yang ni wajib sebab dia memang sangat -sangat membantu menghilangkan kulit jerawat tu...makan sebiji sehari. Nak lagi cepat ambil sebiji cucuk dengan jarum then sapu terus ke kulit muka...cara ni memang terbaik...jerawat kecut dan elakkan kulit muka berparut dan berlopak...haaa berlopak tu yang paling kita takut kan...lagi-lagi jenis suka ketil jerawat dengan kuku yang tak bersih tu...huhuhu

Tambah lagi ESP , yang ni kena jenis minum... rasa dia macam susu soya. ESP ni memang bagus untuk lelaki dan perempuan. ESP ni bertanggungjawab untuk menggebukan kulit muka. ESP ni adalah 100% protein terbaik dan kerjanya adalah menghasilkan sel - sel badan yang sihat so automatik kulit senang jadi gebu dan sihat.

Dia turut makan GLA, ni vitamin untuk hormon. dan sangat membantu untuk masalah jerawat. 

Untuk Luaran:

Dia mengamalkan Set Nutriwhite Shaklee. Bila badan mula terima vitamin - vitamin di atas ia akan bekerja untuk hasilkan kulit yang lebih sihat secara semulajadi. Set Nutriwhite ni akan membantu anda mendapatkan kulit yang lebih putih tanpa perlu risau dengan bahan kimia sebab ia bebas bahan kimia dan sangat semulajadi. 

Pantang Larang yang kena patuhi:

Semasa makan vitamin Shaklee ni, anda kena minum air yang banyak untuk mempercepatkan lagi proses penyerapan vitamin ini dalam badan. 3 liter satu hari sangat disyorkan!

Dilarang ambil minuman berkaffien macam nescafe, kopi dan sebagainya. Ia boleh memusnahkan vitamin di dalam badan. So jangan sia-siakan usaha anda selama ni ok!

So , sekarang dah pun tahu macam mana dia boleh dapat kulit bersih macam tu kan?
Kalau anda ada masalah yang sama dan berminat nak beli set kulit ni boleh contact no ni: 017-7697364


 KLIK SINI UNTUK:
 PEMBELIAN TERUS DAN MELALUI KAD KREADIT ➡ BUY BACK SUPPORT

Monday, September 28

Vitamin percuma Promosi sah sehingga 30 Oktober 2015!


Vitamin percuma Promosi sah sehingga 30 Oktober 2015!
Berita baik untuk anda diluar sana!!!!

Shaklee ada promosi bagi FREE vitamin tau....!

Sempena menyambut ulang tahun Vitalea yang ke 100 tahun!
Wau dah lama rupanya Vitamin Vitalea ni ada kat dunia kan...

Okey kalau nak tahu Vitalea ni biasanya berharga RM94.10 tau.. Sebotol ada 120 biji....tersangat lah berbaloi-baloi harganya tu...:)

Okey nak tahu tak macam mana caranya nak dapat VITALEA free ni? Okey senangnya je caranya...

Anda diwajibkan menjadi ahli Shaklee yang bernilai RM65 (Exclude GST) untuk seumur hidup ok...tak payah dah nak renew - renew lagi.....haaa kan senang tu boleh beli vitamin - vitamin Shaklee yang memang sangat berkesan ni pada bila-bila masa sahaja dengan harga yang superrr murah ok!  dannn...anda perlu  beli sebarang produk Shaklee dari harga serendah RM23.++ Maka dengan itu anda dah layak dah dapat vitamin Vitalea ni secara FREEE!!!

Sampai bila promosi Vitalea FREE ni?

Sah sehingga 30 Oktober 2015 ini...selepas tarikh ni setiap pendaftaran menjadi ahli Shaklee tidak akan mendapat sebarang vitamin FREE ..... so jom lah rebut peluang ni terutamanya kepada mereka-mereka yang sememangnya pengguna produk Shaklee tetapi masih tidak mendaftar ahli lagi....so sangat jimat kan?

Jom tunggu apa lagi...cepat whatssap/call Amy di no 017-7697364

 COD: Pasir Gudang JB


Wednesday, September 23

Masalah keputihan yang sangat teruk


Masalah keputihan yang teruk boleh menjejaskan emosi seseorang wanita. Masalah ini perlu di rawat secepat mungkin sebelum berlakunya jangkitan berbahaya pada rahim anda.

Set keputihan Shaklee sangat membantu mereka yang sedang mengalami masalah keputihan yang agak kronik di mana keputihan bertukar warna dan menyebabkan kegatalan yng teruk pada alat sulit.

Banyak testimoni - testimoni yang berjaya setelah menggunakan Set Keputihan Shaklee ini.







Jangan tunggu - tunggu lagi ... dapatkan set Keputihan Shaklee sekarang. Harga yang sangat berpatutan dan berkualiti tinggi. Bahan kandungan 100% semulajadi dan mendapat kelulusan KKKM ye...:)

Pengedar Shaklee: Amy 017-7697364 

Tuesday, September 22

Pengalaman pertama kali pergi bercuti ke luar negara

Pengalaman pertama kali pergi bercuti ke luar negara adalah satu-satunya kenangan yang sangat best untuk dikenang kan?

Almaklumlah kita pun bukan jenis berduit yang boleh terbang ke sana kemari sesuka hati.
Tapi semua impian tu boleh diusahakan. Hari ni saja nak wat throwback kenangan bercuti di Bandung Indonesia. Hmm kami pergi awal tahun 2014. Orang biasa bercuti akhir tahun tapi kami terbalik pulak.

Perjalanan 5 hari 4 malam yang sangat hectic! Paling tak sangka jalan jem kat sana sangat berbeza berbanding di sini..


Mereka akan menutup laluan setiap satu jam dan terpaksa menunggu giliran untuk jalan. Jem sangat teruk di sana..memang kena banyak bersabar.


Melihat negeri orang menjadikan diri kita lebih bersyukur berada dinegara sendiri. 

Bagusnya di Indonesia ni, kita tak boleh kenal sama ada mereka ni bangsa jawa atau cina kerana lidah mereka terlalu fasih berbahasa indonesia. Bila tahu nama mereka baru sedar mereka bangsa apa.


Di sana kami pergi melawat banyak tempat menarik seperti Tangkuban Parahu iaitu gunung berapi yang masih aktif lagi..di sana sangat sejuk tak digalakkan memakai baju nipis. Perkerjaan penduduk di sana adalah menjaja barang cenderamata untuk pelancong yang datang.

Selain itu kami pergi melawat Safari. Memang best terutama apabila masuk ke dalam kawasan singa dan harimau yang lepas bebas. Pengalaman menaiki kenderaan biasa memasuki dunia haiwan liar ni memang terbaik. Bukan kanak - kanak saja yang suka orang dewasa yang tua bangka macam kami lagilah yang over excited...:p walaupun harga tiket mahal kami tetap enjoy the moment!

Kami juga berkunjung ke ladang teh, melihat permainan paragliding diatas bukit kebun teh.  Kami juga di bawa ke tasik terapung ..banyak rumah seperti rumah limas dibina disitu. Kami juga berpeluang ke kilang membuat tauhu macam tauhu sumedang. Tauhu di sana tebak dan sanga sedap. Kami di bawa berjalan jalan sekitar kota bandung. Memang banyak bangunan pencakar langit dan butik terkenal di seluruh dunia di bina di sini. Memang jadi daya tarikan utama pelancung disini.

Selepas penat berjalan kami dibawa bershopping di butik2 jalanan yang sangat eksklusif seperti di JPO Uniknya di sini butik mereka sangat cantik dan kreatif. Harganya juga sangat la murahhh!

Kain pasang juga sangat berbaloi harganya sesuai untuk buat bisnes.
Banyak juga kami borong terutamanya pakaian dan makanan.
Kesimpulannya bercuti di bandung adalah satu kenangan yang indah fan tidak sama ditempat lain...:)

Tips berguna:

- sediakan duit rupiah yang cukup sebab kat sana rambang mata semua benda nak dibeli..hehehe
- Sentiasa standby ubat- ubatan takut ada yang cirit birit sebab makan bakso kat tepi jalan ni.Rupa dia mmg sedap!
- Buat kajian awal2 untuk pergi ketempat yang dicadangkan.
- Mencari supir yang dipercayai untuk memudahkan perjalanan korang tu.


Ok ikuti sambungan PART 2 di entry akan datang...:)

Sebelum tu jom cuci mata tengok gambar kami di Indonesia..

Monday, September 21

Shaklee tak berkesan? Betul ke tak ni ?



Shaklee tak berkesan ? Betul ke tak betul ni?

 Pernah dengar orang komplen kata " Dah makan Shaklee banyak dah...tapi takde nampak kesan pun? "  

dan ramai yang kata Shaklee dah menipu pembeli...tapi memang betul ke cerita - cerita ni? 
Jom kita tengok mengapa golongan - golongan ini merasakan Shaklee adalah produk yang tidak bagus dan tidak memberikan kesan seperti yang diharapkan....

Punca Vitamin Tidak Berkesan:

1. Kurang minum air masak

Tahukah, kita perlukan 1ltr air untuk setiap 25kg berat badan untuk memastikan fungsi fisiology yang normal berlaku. Bayangkan jika kekurangan air, fungsi fisiologi badan akan terganggu dan sudah tentu vitamin di dalam sel tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi, jangan ambil mudah dengan minum air. Jika tidak ambil vitamin pun, kita masih perlu minum air, inikan lagi bervitamin....maka minumlah untuk kesihatan anda :D

2. Makan banyak vitamin sekaligus dalam 1 masa.

Ini amalan yang tidak sihat. Kerana terdapat zat-zat tertentu yang akan menghalang penyerapan zat yang lain. Contohnya kalsium akan menghalang penyerapan zat besi. Jadi, jika makan banyak vitamin sekaligus, ada kemungkinan terdapat zat yang tidak diserap oleh badan, jadi tak hairanlah jika vitamin tidak berkesan.

3. Waktu pengambilan vitamin yang tidak sesuai

Walaupun vitamin sebenarnya tiada waktu tertentu untuk pengambilannya namun ada beberapa vitamin yang memerlukan keadaan tertentu untuk penyerapan yang lebih baik. Contohnya vitamin larut lemak sesuai diambil selepas makan kerana penyerapanya lebih baik dan ada vitamin yang diserap lebih baik semasa perut kosong.

4. Mengambil vitamin bersama ubat hospital

Bagi mereka yang mempunyai penyakit dan makan ubat hospital, mungkin untuk mengelakkan lupa makan ubat mereka lebih suka makan kesemuanya sekaligus. Sama seperti pengambilan vitamin sekaligus, kemungkinan ada zat-zat yang tidak diserap dengan baik kerana percampuran kedua-duanya.

5. Mengambil vitamin bersama minuman berkafein

Ini lagilah tak boleh kerana kafein memang mengurangkan penyerapan zat makanan, jadinya mungkin ada vitamin yang tidak diserap oleh badan. Bagi yang gemarkan minuman berkafein juga dinasihatkan untuk minum secawan sehari cukuplah.

6. Pemakanan yang tidak seimbang dan tidak sihat.

Vitamin ialah makanan tambahan dan bukanlah pengganti makanan seimbang, jadi fungsinya adalah untuk melengkapkan zat-zat makanan yang tidak cukup daripada pemakanan seimbang harian kita. Jadi, pengambilan makanan seimbang dan sihat adalah wajib sementara vitamin akan melengkapkan mana-mana yang lompong.

Umpama solat wajib dan solat sunat yang mengiringi solat wajib. Solat wajib tu memang kita kena buat dan solat sunat adalah untuk menampung jika terdapat lompong-lompong dalam solat wajib kita.

7. Terdedah kepada pencemaran yang boleh memusnahkan vitamin

Pencemaran yang paling dekat dengan ramai antara kita ialah asap rokok. Asap rokok boleh memusnahkan vitamin C dan zink dalam badan. Selain itu, pencemaran udara, pencemaran air dan sebagainya turut memusnahkan vitamin dan nutrisi dalam badan. Jadi, jika kita sering terdedah kepada pencemaran ini mungkin vitamin diperlukan dalam dos yang lebih tinggi.

8. Toksin yang tinggi dalam badan

Toksin ini biasanya akan berkumpul pada dinding usus dan menghalang penyerapan zat makanan. Adalah dinasihatkan agar bersihkan usus dulu sebelum makan vitamin.

Pernahkah anda dengar tentang detoks? Detoks adalah proses mengeluarkan toksin daripada tubuh dan toksin ini sebenarnya boleh menjadi punca penyakit. Shaklee ada produk untuk detoks usus, detoks hati dan detoks seluruh badan termasuk darah.

9. Masalah kesihatan

Terdapat beberapa masalah kesihatan terutamanya yang berkaitan dengan usus yang boleh menghalang penyerapan zat makanan. Pastikan anda mendapat rawatan dan nasihat daripada doktor sebelum memulakan pengambilan vitamin.

Haaa sekarang anda dah kenal pasti apakah masalah yang menyebabkan pengambilan vitamin tidak berkesan dan pastikan pilih pengedar Shaklee yang boleh memberikan nasihat sewajarnya mengenai pengambilan vitamin sebelum membuat pembelian.


Agent Shaklee : 017-7697364

Sumber:Cantiksanasini.



Sunday, September 20

Masalah hubungan seks yang hambar

Masalah hubungan seks yang hambar adalah masalah paling kerap berlaku di kalangan pasangan suami isteri di negara ini. Masalah ini kadangkala mampu mengakibatkan penceraian! Sebagai pasangan anda harus mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi. Keadaan alat sulit selepas melahirkan anak tidak sama seperti ketika awal perkhawinan. Proses kelahiran sedikit sebanyak telah merubah mahkota wanita yang satu ini. Namun begitu ia masih boleh di rawat dengan mengamalkan pemakanan tertentu.

Pengambilan vitamin yang lengkap seperti dibawah mampu mengembalikan sinar baru untuk pasangan anda yang bermasalah dalam hubungan suami isteri. 


Vitamin E dikenali juga sebagai ‘vitamin seks’ selain daripada berfungsi sebagai vitamin anti-penuaan yang tinggi antioksida. Vitamin E terlibat secara langsung dalam pembentukan hormon yang melibatkan seks dan kesuburan iaitu androgen, estrogen dan progesterone. Uniknya Vitamin E Shaklee kerana ia turut dilengkapi dengan Selenium. Jumlah selenium yang mencukupi sangat penting dalam mencapai puncak prestasi seksual.


Alfalfa adalah Raja kepada segala tumbuhan. Ia membantu merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, ia sangat membantu dalam “hubungan” suami isteri (to enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.

ESP membantu menambahkan tenaga yang hilang, mengurangkan stress dan kemurungan. ESP mengandungi vitamin lengkap untuk mempertingkatkan imunisasi badan. Selain itu ESP akan menjadikan kulit anda lebih cerah dan bersih serta mampu memberikan anjalan kepada payudara anda. Satu berita baik untuk kaum wanita diluar sana! 

Marilah kaum adam dan hawa yang bermasalah, dapat kan set vitamin ini. Pasti anda puas hati! - 017-7697364



Friday, September 18

Rahsia kulit cantik semulajadi


Kalau nak tahu rahsia orang perempuan untuk dapatkan kulit cantik semulajadi ialah dengan minum susu protein ESP 3 kali sehari!

Kesannya akan dapat kita lihat dalam masa 2 minggu je tau!
Dalam ESP ni memang banyak sangat vitamin penting yang sangat diperlukan oleh kulit manusia...

Haaa...yang penting adakah ESP ni berbaloi?  

Yapp..memang berbaloi-baloi..satu tin ni tahan berbulan-bulan...takyah makan kolagen dah terutamanya khas untuk mereka yang ada fibroid..so ESP ni la jadi penyelamatnya!

ESP ni halal tak? Hmmm...ESP ni ada sijil sah KKKM tak?

Jawapannya ada sayang...sah halal jakim dan sah lulus KKKM..!!!

Apa lagi kebaikan ESP ni? Jom klik sini...semua dah tertulis lengkap pasal ESP ni.

Kalau malas nak klik  jom kita tengok sekali imbas kebaikan ESP kat bawah ni..


Manfaat utama ESP

  • Awet muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, yang berfungsi seperti hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah osteoporosis dan risiko sakit jantung
  • Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Kulit remaja - Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut. 
  • Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatka sistem imun, maka ia baik untuk mengekalkan tenaga dengan lebih lama, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
  • Membaiki pigmentasi - membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan garis-garis halus di kulit
  • Membaiki memori - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

Haaa...jangan tak tau...ESP ni macam-macam boleh bagi kat badan kita tau...nak kulit cantik, nak sihat, nak antibodi kuat, nak bagi susu badan banyak ....dan macam -macam lagi...:)


Tengok banyak sungguh kebaikan ESP ni kan?  konfem puas hati...!

Ada orang tertanya dalam hati ...iye ke ESP ni bagus?

 Jom kita tengok testimoni ibu-ibu yang gojes yang dah guna ESP ni....sure korang jeles...huhuhuhu



kalau gegadis yang minum ESP konfem bertambah cunzzz muka tu kan...

Bagi sesape yang teringin nak cuba serbuk putih ajaib ni boleh roger 017-7697364...sure puas hati!

Thursday, September 17

Kulit muka kering bersisik dan cara merawatnya


Masalah kulit muka kering bersisik memang sangat menakutkan. Pelbagai cara digunakan untuk menghilangkan masalah ini. Tapi sebelum itu anda perlu tahu bahawa perubahan kulit anda setiap hari adalah kesan dari pemakanan anda setiap hari.

Maka anda perlu tahu apakah pemakanan yang bagus untuk mengekalkan kulit anda di tahap yang baik dimana kulit anda sentiasa kekal lembap dan sihat. Percayalah jika anda terus menafikan kenyataan ini maka anda akan berdepan dengan masalah kulit sampai bila-bila dan ia tidak akan pernah selesai!

Percayakah anda terdapat wanita diluar sana sanggup untuk menghabiskan ratusan duit setiap bulan untuk membeli kosmetik yang mahal bagi mendapatkan kulit yang cantik?
Tapi hakikatnya penyelesaian itu hanya untuk luaran sahaja bukan dari dalaman itu sendiri. Ini sangat merugikan...kenapa tidak kita memulakan pemakanan yang lebih baik dan sihat dari dalam dan secara tidak langsung ianya sangat membantu tubuh badan menghasilkan kulit yang lebih sihat dan menawan semulajadi?

Ya, kulit yang cantik akan terhasil dan bonus tubuh badan yang sihat bebas penyakit! Sape yang tidak mahukan?

Ok, apa yang ingin saya cadangkan disinilah adalah pemakanan vitamin yang sangat - sangat diperlukan oleh tubuh badan kita setiap hari..vitamin- vitamin inilah yang akan membantu badan kita untuk mendapatkan kulit yang cantik!

SET KULIT CANTIK SHAKLEE

Set vitamin ini adalah paling lengkap dan cukup untuk membantu badan kita sihat dan menghasilkan kulit sihat yang paling optimum dan kesannya anda boleh lihat seawal seminggu bergantung kepada tubuh badan individu tersebut.

Penggunaan yang berterusan sangat disyorkan dan anda akan menikmati hasilnya dimana wajah anda kekal awet muda walaupun usia anda semakin meningkat. 

Lihat sahajalah wajah-wajah pengguna tegar Shaklee, mereka jarang mengenakan solekan tebal kerana kulit mereka sangat sihat dan sentiasa kekal lembap. Saya mempunyai kawan- kawan pengguna tegar Shaklee...jom kita tengok testimoni yang dah berjaya dengan set kulit cantik shaklee ni..


Berminat? Boleh hubungi Amy : 017-7697364

Wednesday, September 16

Penawar sakit kaki, lemah otot, kejang otot, simpul biawak dan osteoporosis.

Assalam dan selamat malam semua...

Hari ni saya nak share cerita pasal pengalaman saya makan Ostematrix Shaklee..
Beberapa hari lepas saya kena bertugas di production untuk handle satu test yang sangat urgent..

Di dalam production line ni sangat mencabar sebab kita tidak dibenarkan duduk semasa bertugas..memang rule di macam tu...Ok nak di jadikan cerita test saya tu telah mengambil masa 3 hari untuk disiapkan...huhuhu bayangkan saya kena berdiri dari pkul 9 hingga pukul 5 selama 3 hari semata-mata nak siapkan test tu...tak dapat nak bayangkan betapa sakitnya kaki saya waktu..almaklumlah untuk kerja di dalam production tu kami diwajibkan memakai pakaian ala - ala orang pergi ke bulan tu sebab environment concern...
Selepas test semua siap saya terus pergi branch untuk membeli Ostematrix sebab stok dah sebulan tak beli...malam tu saya makan dan keesokkan paginya kaki saya yang sakit tu terus hilang beransur - ansur...lega sungguh saya..

Untuk pengetahuan semua ye...saya sejak mengamalkan Shaklee terutamanya Ostematrix ni banyak perubahan berlaku pada badan saya. Dulu saya selalu terkena kejang otot di waktu pagi...owww..sakitnya bukan kepalang...sebab kejang otot ni datang memang tak bagi isyarat, memang rasa sakit yang menyentap...ohh tak nak rasa lagi cukuplah...Ostematrix ni punya kesan memang cepat. Contoh malam ni kita makan..esok memang dah tak kena dah kejang otot semua ni...siap boleh lawas lagi...apa yang saya peratikan apabila kita konsisten makan Ostematrix bangun pagi akan rasa sangat nyaman dan rasa cukup tidur walaupun malam tu kita tidur selewat 2 pagi...

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Ostematrix boleh refer link ini. Bagi sesiapa yang memang ada masalah selalu terkena simpul biawak, kejang otot, ibu - ibu yang sedang mengandung, masalah tulang, bagi mereka yang patah kaki atau kekurangan kalsium dalam badan saya sangat syorkan 300% untuk makan vitamin ni...memang tak pernah mengecewakan dan puas hati sangat...Kalau nak tahu Ostematrix ni 100% semulajadi dan diiktiraf dunia kerana keberkesanannya.

Bagi mereka yang ada parent atau ibu bapa yang ada masalah tulang rapuh dan masalah sakit kaki sangat disyorkan mengambil Ostematrix ni...Bagi mereka yang jenis busy kerja memang mudah nak ambil sebab tak perlu bancuh susu bagai just ambil 4 biji dan makan sebelum tidur...

Hubungi Amy 017-7697364 untuk mendapatkan stok Ostematrix

Vitamin ajaib memang sangat berkesan untuk mereka yang ada masalah tulang!


Saturday, September 12

Kelebihan dan Kekurangan Vitamin E dalam badan kita.


Tahukah anda stress atau tekanan boleh memusnahkan tenaga di dalam badan seseorang? 
Malah bukan itu sahaja tekanan yang berlebihan akan membuatkan otak kita melepaskan satu hormon yang dipanggil Cortisol yang boleh merosakkan badan kita.  Maka tidak hairanlah jikalau mereka yang selalu mengalami masalah tekanan dan selalu rasa gementar akan mendapati sistem imunisasi badan mereka sangat lemah. Sudah pastinya penyakit sangatlah mudah untuk datang jika imunisasi badan jatuh merundum.


Disinilah Vitamin E memainkan peranan dimana Vitamin E sangat-sangat membantu untuk merangsang  imunisasi badan manusia agar tidak mudah diserang penyakit. kalau anda nak tahu Vitamin E juga salah satu vitamin yang mengandungi antioksidan yang akan menghalang berlakunya kerosakan sel - sel terpenting dalam badan.

Carilah khasiat - khasiat vitamin E ini di dalam makanan harian kita seperti sumber bijiran, roti bijirin, minyak zaitun, buah - buahan , telur dan kekacang atau dalam pemakanan tambahan seperti vitamin E Complex yang telah lengkap sepenuhnya.
Salah satu  Vitamin E (100% natural) yang sangat dipercayai dan sangat memberikan kesan.
Sumber : Glow Mags.

Blog yang sangat lama tak di update!

Harini 24 Ogos 2019.... Lama dah tak menulis di sini... sampai terlupa nak log in blogspot ni macam mana...aduhai... ini lah blog perta...